| Aplikasi Perisian Microsoft Excel untuk Perhitungan Ukur |
|
|
|
| Written by Administrator | ||||||||||||||
| Tuesday, 06 January 2009 14:47 | ||||||||||||||
Page 1 of 7 APLIKASI PERISIAN MICROSOFT EXCEL UNTUK PERHITUNGAN UKUR Ranjit Singh & Gan Boon Kiat Survey Unit, School of Engineering Kolej Teknologi Ikram (ICT) Taman Ilmu Ikram (Ikram Park) Jalan Serdang-Kajang 43000 Kajang, Selangor D.E Tel: 603-87373320 ext. 519 Email address: This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it Abstract : Dalam ilmu ukur, ukur aras, ukur terabas dan ukur tekimetri merupakan satu cabang yang penting dalam ukur kejuruteraan untuk mendapatkan dan merekodkan maklumat yang jelas di lapangan untuk perancangan dan pembinaan projek kejuruteraan. Dalam kajian ini, perisian Microsoft Excel 2000 telah diaplikasikan untuk menghasilkan antaramuka bagi memudahkan perhitungan data-data ukur aras, ukur terabas dan ukur tekimetri dengan keputusan yang lebih tepat, kemas dan teratur. Ukur aras menggunakan dua kaedah iaitu fly back and profil, ukur terabas pula menggunakan kaedah bering dan jarak, dan ukur tekimetri menggunakan kaedah optik dan elektronik. Satu program perhitungan ukur yang dikenali sebagai SURCAL (SURvey CALculation) telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2000. Hasil analisis yang dilakukan ke atas data-data yang diketahui menunjukkan bahawa program SURCAL ini sesuai digunakan untuk tujuan perhitungan ukur. 1.0 Pengenalan Ukur aras merupakan proses mengukur beza tinggi antara dua atau lebih titik. Ukur aras banyak digunakan dalam ukur kejuruteraan, terutamanya digunakan dalam semua peringkat projek pembinaan daripada ukur tapak binaan awalan sehingga pemancangan akhir. Peralatan khas yang dikehendaki untuk menjalankan ukur aras ialah alat aras optik, kaki tiga atau tripod dan setaf aras. Selain ukur aras, ukur tekimetri pula merupakan satu cabang ukur yang mana ketinggian dan jarak diperolehi daripada bacaan alat itu sendiri tanpa menggunakan pita ukur. Penggunaan kaedah tekimetri ini adalah sangat sesuai untuk paramuka bumi yang sentiasa berubah-ubah seperti lurah sungai, teras, lereng-lereng bukit yang mana penggunaan pengukuran linear adalah sukar dilakukan. Ukur terabas pula adalah suatu cara untuk menyediakan jaringan kawalan mengufuk di mana kedudukan ditentukan melalui gabungan pengukuran sudut dan jarak antara urutan garisan yang menghubungi stesen-stesen kawalan. Terabas digunakan untuk dua tujuan utama iaitu (Bannister & Raymond, 1983):
Only registered users can write comments!
Powered by !JoomlaComment 3.25
3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||||||||||