| Stesen Bumi Terima Isyarat Lima Satelit |
|
|
|
| Tuesday, 10 August 1999 00:00 | ||||||||
|
Source: Berita Harian (page 3) Kuala Lumpur, Isnin - Stesen Bumi Pengesanan Jarak Jauh pertama negara berharga RM91 juta akan mula beroperasi selewat-lewatnya akhir tahun depan, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Abu Bakar Daud. Serentak itu, stesen bumi berkenaan akan menerima isyarat data dari lima satelit, iaitu Spot milik Perancis, RadarSAT (Kanada), IRS1 C (India), LAPAN (Indonesia). Noah dan Landsat TM (Amerika Syarikat). Data yang diterima akan dihantar melalui gentian fiber ke ibu pejabat Pusat Remote Sensing Negara (Macres) di Jalan Tun Ismail, di sini, yang juga mengendalikan stesen bumi berkenaan. Abu Bakar berkata, stesen bumi itu akan menjadi antara stesen bumi pengesanan jarak jauh tercanggih di rantau ini dan dibina di kawasan 100 hektar di Temerloh, Pahang. "Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Januari lalu mengenal pasti teknologi penderiaan jauh satelit penting bagi mengesan kegiatan negatif seperti pembalakan haram atau pembangunan di kawasan hutan simpan dan tadahan banjir. Apabila beroperasi sepenuhnya tahun depan, agensi perancang utama pembangunan negara boleh mendapat akses secara talian terus mengenai data permukaan bumi negara ini. "Bangunan stesen bumi itu akan siap pada Oktober ini manakala syarikat yang akan diberi tander bagi membekalkan peralatan stesen juga akan diketahui pada bulan sama katanya di majlis penyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang Macres 1999, hari ini. Pengesanan jarak jauh adalah satu daripada empat bidang teknologi angkasa yang diberi penekanan kerajaan selepas komunikasi satelit, satelit cuaca dan sains angkasa lepas. Ia adalah teknologi membabitkan penggunaan alat pengesan seperti radar dan kamera optikal bagi mengumpul maklumat untuk tujuan pengawasan. Abu bakar berkata, teknologi itu boleh digunakan dalam pelbagai bidang seperti pertanian bagi mengenal pasti tahap kegunaan tanah, perhutanan, gelogi, sumber air, marin, perancangan bandar, infrastruktur, dan alam sekitar.
Only registered users can write comments!
Powered by !JoomlaComment 3.25
3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."
|
||||||||