| TiungSAT-1 dilancar September |
|
|
|
| Wednesday, 24 March 1999 00:00 | ||||||||
|
Source: Berita Harian (page 3) KUALA LUMPUR, Selasa -Selepas empat tahun dirancang, satelit mikro pertama negara, TiungSAT-1, akhirnya akan dilancarkan ke orbit pada September ini menggunakan pelancar milik Agensi Angkasalepas Russia (RSA). Pelancaran TuingSAT-1 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, akan menggunakan roket pelancar tiga peringkat Zenit II yang turut membawa satelit Meteor-3M sebagai muatan utamanya. Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Law Hieng Ding, berkata satelit itu adalah yang pertama dibina sepenuhnya oleh rakyat tempatan, sekali gus menandakan kemasukan Malaysia ke era angkasa lepas. Beliau berkata, pengalaman yang diperolehi menerusi program satelit perintis itu akan digunakan dalam membangunkan industri berkenaan, yang dikenal pasti salah satu aspek utama Kertas Dasar Aeroangkasa Kebangsaan. "Menerusi pengalaman dan kepakaran yang diperolehi dalam pemasangan TiungSAT, negara kini mempunyai kemampuan untuk memasang satelit buatan tempatan yang lebih besar pada masa depan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama sains dan teknologi di antara Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) dan RSA di kementeriannya, petang ini. Mewakili ATSB ialah pengerusinya, Datuk Sen. Abdul Ghani Aziz, manakala RSA diwakili timbalan pengarahnya, Leonid Makridenko. Turut hadir Duta Besar Russia, Alexey Zhukov dan Ketua Pengarah Bahagian Kajian Sains Angkasa, Prof Datuk Dr Mazlan Othman. Mengikut Kertas Dasar Aeroangkasa Kebangsaan, pelancaran TiungSAT, yang pertama mengikut Program Satelit Kebangsaan pelan berkenaan, akan disusuli pelancaran satelit mikro kedua dalam tempoh tiga tahun. Pengumuman program satelit mikro itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika merasmikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) pada 1995. Mengikut perancangan asal, ThrngSAT-1 sepatutnya dilancarkan pada 1997, manakala satelit kedua pada tahun depan. Bagaimanapun, kesukaran mendapatkan pelancar serta slot sesuai menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan. Law berkata, TiungSAT-1 yang akan ditempatkan pada Orbit Rendah Bumi (LEO) pada ketinggian 1,000 kilometer, mampu bertahan di antara tiga hingga 15 tahun, bergantung kepada kekerapan penyenggaraannya. Beliau berkata, satelit itu boleh di gunakan untuk tujuan pendi dikan, perikanan, perhubungan, pengurusan hutan, pengawasan pencemaran, sains angkasa, pemetaan dan ramalan kaji cuaca. "Misalnya, satelit berkenaan boleh bertindak sebagai alat pendidikan yang berkesan bagi pelajar untuk menunjukkan kedudukan geografi dan pembangunan yang berlaku di sesebuah kawasan itu," katanya. Selain itu, Law berkata satelit berkenaan turut membolehkan perhubungan jarak jauh menerusi radio ham pada gelombang khas yang akan di tetapkan oleh ATSB. ATSB yang berpangkalan di Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil di sini, adalah syarikat tempatan yang diberi tanggungjawab untuk membangunkan teknologi satelit. Satelit mikro pertama yang berharga RM34 juta itu di bangunkan oleh sekumpulan lapan jurutera dan pensyarah Malaysia melalui program kerjasama pemindahan teknologi dan latihan mendalam dengan Surrey Satellite Technology Ltd (SSTL) yang berpangkalan di Pusat Angka sa Lepas Surrey di Universiti Surrey, United Kingdom. TiungSAT-1 berupaya membawa peralatan canggih, termasuk perkakasan penghantaran data dan suara, muatan kajian saintifik, kamera, alat penderiaan jauh dan sistem kedudukan global (GPS) dan mampu mengesan tahap ozon bumi, kebakaran hutan dan tumpahan minyak.
Only registered users can write comments!
Powered by !JoomlaComment 3.25
3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."
|
||||||||