Вход

Вход

Логин: Пароль:

MalaysiaGIS.com

You are here  :
Wujud Sistem Maklumat Geografi PDF Print E-mail
Saturday, 14 April 2001 00:00
Source: Utusan Malaysia(page 27)

Tangkak 13 April - Kerajaan Negeri Johor akan mewujudkan kerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU) untuk mewujudkan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi mengumpul data atau maklumat tanah di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, perjanjian kerjasama bagi menjayakan projek yang menelan belanja RM4 juta itu akan ditandatangani semasa beliau mengetuai lawatan rasmi selama lima hari ke Jerman minggu depan.

Menurut beliau, usaha mewujudkan pangkalan data berpusat tentang maklumat tanah di negeri itu akan membantu kerajaan negeri membuat keputusan berdasarkan kepada penggunaan tanah setempat.

"Pada masa ini maklumat mengenai tanah hanya terdapat di pejabat tanah, majlis-majlis daerah dan agensi-agensi kemudahan asas seperti Tenaga Nasional dan Telekom Malaysia Berhad dan kebanyakannya tidak begitu lengkap," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Jalan Sialang di sini hari ini, beliau berkata, sistem tersebut akan membolehkan kerajaan negeri mengumpul maklumat sama ada daripada satelit atau gambar-gambar melalui udara bagi tujuan pembangunan.

"Swasta juga memerlukan maklumat-maklumat ini kerana mereka mempunyai pemilikan tanah yang luas dan tidak dapat mengetahui dengan tepat apa yang terdapat di atas dan di dalam perut buminya," ujar beliau.

Selama ini, kata Abdul Ghani, maklumat mengenai tanah di Pejabat Tanah dan lain-lain agensi tidak begitu lengkap kerana ia tidak selaras antara satu sama lain.

Selain itu, kata Menteri Besar, maklumat mengenai tanah juga boleh digunakan untuk membantu kerajaan apabila berlaku bencana alam seperti banjir dan sebagainya.

Abdul Ghani mejelaskan, separuh daripada jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk mewujudkan sistem tersebut akan dibiayai oleh EU manakala selebihnya akan dibayar oleh kerajaan negeri.

Comments
Only registered users can write comments!

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
You are here  :