Вход

Вход

Логин: Пароль:

MalaysiaGIS.com

You are here  :
Pejabat tanah disaran guna teknologi GIS PDF Print E-mail
Tuesday, 26 November 1996 00:00

Source: Berita Harian

KUALA LUMPUR, Isnin - Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menangguhkan cadangan supaya pejabat tanah mengguna teknologi Sistem maklumat geografi (GIS) bagi mengesan hakisan tanah dan pembalakan haram.

Menterinya, Datuk Law Hieng Ding, berkata penangguhan itu berikutan kesukaran mendapatkan data satelit pada masa sebenar yang turut menghalang Program Kesan Jarak Jauh (Narem) serta kurangnya tenaga mahir dalam bidang penderiaan jarak jauh.

Bagi menangani masalah itu, kerajaan memperuntukkan RM250 juta dalam Rancangan Malaysia Ketujuh untuk mempertingkatkan keupayaan negara dalam penderiaan jarak jauh termasuk membina stesen darat yang boleh menerima data secara langsung dari satelit.

Penderiaan jarak jauh dan GIS adalah alat-alat penemuan terbaru bagi perancangan dan pengurusan stratejik sumber-sumber negara secara berkekalan selain untuk perancangan alam sekitar.

Law berucap merasmikan Persidangan Kesan Penderiaan Jarak Jauh dan (GIS) Pertama anjuran Pusat Remote Sensing Negara (Macres), di sini, hari ini.

Kaedah kesan jarak jauh ialah penggunaan sistem pengesan yang dipasang di satelit bagi membuat pemerhatian dan mengutip maklumat permukaan dunia.

Kaedah itu menggunakan spektrum elektromagnetik yang luas yang boleh mendapatkan maklumat yang kebiasaannya tidak boleh dikesan oleh mata kasar manusia.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Law berkata, teknologi kesan jarak jauh boleh digunakan dalam pembangunan pertanian, perhutanan, marin, perancangan bandar dan juga prasarana.

Teknologi itu juga boleh digunakan untuk mengesan kabel elektrik bawah tanah, paip air dan pembetungan iaitu semua maklumat akan disimpan di pangkalan data dan boleh didapati sebelum kerja mengorek atau pembinaan dijalankan.

Comments
Only registered users can write comments!

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
You are here  :