| TroFFS mampu tingkat jumlah tangkapan ikan |
|
|
|
| Wednesday, 20 June 2001 00:00 | ||||||||
|
Source: Berita Harian KUALA LUMPUR, Selasa - Sistem Ramalan Ikan Tropika (TroFFS) yang dibangunkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) diharap dapat diguna pakai bagi meningkatkan jumlah penangkapan ikan negara.Menteri Pertanian, Datuk Dr. Effendi Norwawi, berkata penyelidikan selama lima tahun menggunakan teknologi penderiaan jauh satelit (remote sensing) dan teknologi sistem maklumat geografi (GIS) berupaya mengenal pasti kawasan yang kaya dengan sumber ikan. Beliau berkata, teknologi itu juga boleh memberi faedah kepada sektor swasta yang terbabit dalam industri penangkapan ikan, nelayan selain membolehkan Jabatan Perikanan mengurus sumber ikan secara mapan. "Ketika ini, Kementerian merancang meningkatkan penangkapan ikan daripada 1.5 juta tan kepada 1.9 juta tan setahun pada 2002. "Oleh itu, kami berharap teknologi ini dapat diguna pakai dalam masa 12 bulan bagi kegunaan pelabur dan nelayan dalam usaha meningkatkan produktiviti perikanan serta membantu Jabatan Perikanan dalam mengurus sumber ikan secara mapan," katanya selepas merasmikan Seminar Program Ramalan Ikan di UPM di Serdang dekat sini, hari ini. Mengenai kos penyelidikan TroFFS, Dr. Effendi berkata, perbelanjaan itu tidak penting sekiranya mampu membantu meningkatkan produktiviti penangkapan ikan negara. "Industri perikanan negara adalah besar dan sekiranya berjaya meningkatkan produktiviti perikanan sehingga dua juta tan setahun, maka industri ini berpotensi bernilai RM7 hingga RM10 bilion setahun," katanya. Beliau berkata, sekiranya teknologi itu boleh diguna pakai, pelabur tidak akan teragak-agak melabur dalam bidang penangkapan ikan kerana risikonya dapat dikurangkan.
Only registered users can write comments!
Powered by !JoomlaComment 3.25
3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."
|
||||||||