| Kementerian guna sistem amaran awal di cerun bukit |
|
|
|
| Tuesday, 15 May 2001 00:00 | ||||||||
|
Source: Berita Harian CAMERON HIGHLANDS, Isnin - Kementerian Kerja Raya akan menggunakan Sistem Amaran Awal di jalan yang berisiko tinggi dan sering mengalami tanah runtuh, kata Menterinya, Datuk Seri S Samy Vellu.Beliau berkata, sistem itu sudah lama digunakan di luar negara, terutama di kawasan berpenduduk padat dan sering mengalami tanah runtuh seperti di Hong Kong dan Rio de Janeiro di Brazil dan ia terbukti menyelamatkan nyawa. Katanya, sistem itu akan diguna pakai dalam usaha mengurangkan risiko pengguna jalan raya terbabit dalam bencana tanah runtuh, terutama di 145 daripada 1,400 cerun di jalan persekutuan yang diklaskan sebagai berisiko tinggi. "Bagi mengurangkan risiko di lereng bukit, kerajaan sudah memperakukan sebanyak RM300 juta peruntukan khas melalui Rancangan Malaysia ke-8 bagi menarik taraf keselamatan cerun di sepanjang jalan persekutuan di seluruh negara," katanya pada Seminar Cerun Kebangsaan 2001 di sini hari ini. Teks ucapannya dibacakan oleh timbalannya, Mohd Khalid Nordin. Samy berkata, melalui gabungan teknologi Sistem Amaran Awal dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang mengumpul data melalui penggunaan laser dan satelit dan digunakan secara meluas di negara ini, penyelenggaraan cerun dapat dijalankan secara lebih sistematik dan praktikal.
Only registered users can write comments!
Powered by !JoomlaComment 3.25
3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."
|
||||||||