| Penggunaan GIS boleh diperluas |
|
|
|
| Saturday, 16 March 1996 00:00 | ||||||||
|
Source: Berita Harian PARIT BUNTAR, Jumaat - Unit Pemodenan Pentadbiran Awam Malaysia (Mampu) diarah mengkaji Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang dicipta oleh Majlis Daerah Kerian (MDK) supaya penggunaan perisian itu dapat diperluaskan ke seluruh negara.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata sistem itu yang bertujuan mengumpul semua maklumat kegunaan dan syarat tanah, jika digunakan dapat melicinkan pentadbiran pihak berkuasa tempatan, selain mengelakkan kelewatan permohonan tanah dan mewujudkan ketelusan. Menurutnya, penggunaan GIS akan dapat menjimatkan masa proses kelulusan tanah kepada pemohon, berbanding amalan biasa. "Sebagai contoh jika ada permohonan tanah, ia tidak perlu merujuk kepada pelbagai lapisan pegawai yang menyebabkan kelewatan. "Jika didapati sesuai, penggunaan GIS akan diperkenalkan ke semua pentadbiran pihak berkuasa tempatan di seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu, beliau melawat beberapa jabatan kerajaan di daerah Kerian. Ahmad Sarji diberi taklimat oleh Pegawai Daerah Kerian yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Mat Isa Ramli. Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Habib Mansor dan Ketua Pengarah Mampu, Datuk Dr Abdullah Abdul Rahman. Menurutnya, Mampu juga akan mengadakan demostrasi mengenai kaedah penggunaan GIS dalam Persidangan Pegawai Daerah dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Tempatan yang akan diadakan Mei dan Julai depan. Katanya, beliau akan mempengerusikan kedua-dua mesyuarat itu.
Only registered users can write comments!
Powered by !JoomlaComment 3.25
3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."
|
||||||||