Вход

Вход

Логин: Пароль:

MalaysiaGIS.com

You are here  :
Guna teknologi canggih PDF Print E-mail
Wednesday, 01 November 1995 00:00

Source: Berita Harian

PENDIDIKAN Geografi perlu berubah secara menyeluruh bagi memenuhi tuntutan pasaran bukan sahaja menyentuh kaedah penyampaian dan bentuk latihan tetapi juga penggunaan teknologi canggih.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Sham Sani, berkata perubahan dalam bidang teknologi tinggi dan teknologi maklumat harus dimanfaatkan oleh ahli geografi.

"Penggunaan alat dan teknik penderiaan jauh, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Komputer akan memperkukuh dan mempertingkatkan keupayaan teknik dan metodologi disiplin iaitu menganalisis, mensi tesis dan merumus," katanya ketika menyampai ucapan dasar di Seminar Kebangsaan Pendidikan Geografi di Malaysia, di UKM, yang berakhir semalam.

Dr Sham yang membincangkan kertas kerja bertajuk Pendidikan Geografi di Malaysia: Isu Cabaran dan Prospek berkata, di Malaysia isu pembangunan dan alam sekitar adalah teras yang perlu ditangani segera.

Geografi sebagai satu disiplin ilmu boleh memberi sumbangan lebih bermakna sekiranya ahli geografi bersedia membuat perubahan.

"Ahli geografi perlu bersedia mengubah cara dan pendekatan supaya lebih kritik dalam analisis terhadap perubahan dalam bidang lain bagi memperkukuhkan kedudukannya di kalangan disiplin ilmu lain," katanya.

Menurutnya, sekiranya ahli geografi masih mengikut kaedah lama, ia dengan mudah diambil oleh bidang ilmu iaitu ekonomi, pengurusan, geologi metodologi dan kimia yang ada kedudukan kukuh dalam masyarakat.

Comments
Only registered users can write comments!

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
You are here  :