MalaysiaGIS.com

intel gaming computers
buy computer online
custom built computers
multimedia center computer
ritalin bestellen rezeptfrei
ritalin bestellen ohne rezept
stratera
vicodin
cheap tramadol
valium pill
valium medication
diazepam valium
cheap valium
strattera
propecia online
You are here  : Home Local GIS News GIS Sedia Maklumat Sumber Air di Langkawi
GIS Sedia Maklumat Sumber Air di Langkawi PDF Print E-mail
Tuesday, 22 December 1998 00:00

Source: Berita Harian (page 10)

Pulau kecil di seluruh dunia memiliki sumber air yang terhad dan mudah musnah akibat bencana alam seperti banjir dan kemarau. Justeru, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melalui Program Hidrologi Pulau-Pulau Kecil diserata dunia. Di Malaysia, pulau Langkawi dipilih sebagai tapak kajian.

Di Langkawi industri pelancongan begitu cepat membangun dengan membabitkan penggunaan tanah yang pesat di seluruh pulau berkenaan. Bagaimanapun, ketika ini terlalu sedikit penyelidikan untuk dijadikan rujukan perancang dan pembuat dasar bagi memajukan Langkawi.

Hasil kajian hidrologi yang diserahkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) 17 October lalu, boleh disifatkan jawapan kepada kekurangan ini.

Kajian itu merangkumi satu pangkalan data alam sekitar. Ia dibuat dalam bentuk pangkalan data Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi Langkawi yang menggabungkan beberapa lapisan maklumat dan analisis mengenai sumber air, risiko hakisan tanah dan ciri iklim.

Selain menyumbang kepada program IHP Unesco, masalah di Langkawi dapat dikenal pasti kesan pembangunan yang pesat berkaitan peningkatan industri pelancongan dan pertumbuhan penduduk.

Objektif khusus bagi projek kajian yang bermula sejak 1994 itu ialah menentukan ciri hidrologi dan sumber air; mengenal pasti kemerosotan kualiti alam sekitar berpunca daripada tindakan manusia akibat pencemaran udar, sumber air dan pembangunan tanah serta mewujudkan satu pangkalan data hidrologi yang menyeluruh untuk digunakan sebagai alat perancangan pembangunan yang mapan bagi Langkawi.

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang memang pakar dalam bidang GIS menyusun dan memproses data yang dikumpulkan dan seterusnya membangunkan pangkalan data GIS untuk kajian ini.

Daripada pelbagai jenama GIS yang ada di pasaran, perisian REGIS dari Autodesk Inc dipilih berdasarkan kemudahannya mengendalikan data daripada pelbagai punca.

Sistem ini mengandungi data alam sekitar dan hidrologi dalam format digital yang homogen serta mudah digunakan. Pangkalan data GIS ini boleh dijadikan asas kepada penggunaan seterusnya mengikut keperluan perancangqan dan pengurus yang terbabit dengan pembangunan Langkawi.

Maklumat dalam pangkalan data GIS membolehkan pengurusan kawasan tadahan lebih berkesan. Ini diakui Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Keizrul Abdullah yang menyatakan segala maklumat dalam pangkalan data GIS akan membolehkan mereka melakukan perancangan dan pengurusan di kawasan tadahan yang lebih mapan. Untuk pengurusan kawasan tadahan Langkawi, misalnya, GIS boleh dicantumkan dengan teknologi remote sensing supaya data dapat dikemas kini melalui gambar satelit.

"Ia juga boleh digabungkan dengan teknologi Global Positioning System (GPS) supaya maklumat kejadian seperti tanah runtuh dimasukkan dengan tepat ke dalam GIS itu. Kini, terpulanglah kepada Lada untuk meneruskan langkah ini," katanya.

Kajian hidrologi di Pulau Langkawi mengambil masa dua tahun iaitu bermula pada 1994 dan berakhir pada Disember 1996. Kajian yang membabitkan kos RM786,000 itu dibiayai oleh Program Penumpuan Dalam Bidang Penyelidikan Keutamaan (IRPA), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Kumpulan kajian itu mengandungi 11 ahli IHP Malaysia daripada agensi kerajaan dan pusat pengajian tinggi yang melaksanakan kajian mengikut komponen masing-masing.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selaku ketua kumpulan kajian misalnya terbabit dalam mengkaji kedapatan sumber air, diikuti Institut Penyelidikan Perhutanan (perubahan litupan hutan) UTM (pangkalan data GIS), Institut Teknologi Mara (ITM) (pencerobohan air masin), Universiti Putra Malaysia (UPM) (suhu permukaan laut dan daratan), Jabatan Kajicuaca (ciri iklim), Jabatan Alam Sekitar (kualiti alam sekitar termasuk marina, air dan udara), Jabatan Pertanian (hakisan tanah), Institut Penyelidikan Nuklear (aliran bawah tanah bagi tujuan pembuangan sisa) dan Jabatan Kajibumi (kajian hidrologi).

Pembabitan begitu banyak agensi boleh disifatkan kejayaan utama projek ini dalam menubuhkan rangkaian usaha sama, satu daripada matlamat IRPA selain membina satu kultur penyelidikan di agensi berkenaan.

Hasil kajian itu diterima oleh Pengurus Besar Lada, Datuk Abdul Halil Mutalib yang yakin kajian itu akan memberikan manfaat amat besar kepada perancangan dan pembangunan pulau itu.

"Lada berterima kasih kerana menerusi kajian itu dapat memiliki satu set data yang lengkap bagi membantu dan menggariskan potensi yang dapat dirancang di Langkawi pada masa depan" katanya sambil menjelaskan Lada juga sedang dalam peringkat penyediaan kajian sosioekonomi dan kesan pelancongan ke atas pulau itu.

Justeru, kajian itu serta kajian yang dijalankan sebelum ini termasuk kajian hidrologi oleh JPS menjadikan Lada sebagai tambahan kepada pusat data yang lengkap. Dengan adanya GIS itu, sebagai tambahan kepada pusat data yang lengkap. Dengan adanya GIS itu, sebagai tambahan kepada pusat data 'mapinfo' yang digunakan sejak 1991, ia dapat menambah keupayaan Lada untuk berfungsi sebagai alat perancangan yang lebih lengkap.

Pulau kecil beriklim tropika dengan pantainya yang putih bersih dan lambaian pokok palma atau nyior sering dijadikan daya tarikan dalam iklan sebagai pusat peranginan yang menarik. Dalam hal ini, Langkawi tidak terkecuali.

Langkawi mengandungi 104 gugusan pulau dan Pulau Langkawi adalah yang paling besar dan pesat membangun. Keluasan Langkawi ialah 47,848 hektar dan dibahagikan kepada enam daerah iaitu Kuah, Padang Matsirat, Ayer Hangat, Bohor, Ulu Melaka dan Kedawang.

Dua pertiga daripada pulau ini diliputi gunung dan hutan semulajadi. Pada keseluruhannya, masalah berkaitan pembangunan pulau kecil ialah dari segi kewujudan sumber air dan penggunaannya.

Masalah air di pulau kecil adalah kritikal kerana beberapa faktor termasuk keadaan di pulau itu sendiri, khususnya kedudukan geografi, topografi dan geologi.

Selain itu, kekurangan simpanan air sama ada di atas atau di bawah aras tanah dan projek menyalurkan air daripada tanah besar turut membabitkan kos yang tinggi.

Lazimnya, pulau kecil mudah dilanda angin kuat ketika angin monsun menyebabkan banyak harta benda musnah, berlaku banjir dan tanah terhakis.

Paling dibimbangi pencinta alam sekitar sejak kebelakangan ini ialah kesan rumah hijau ke atas peningkatan paras air laut. Jika ini berlaku, air bersih di pulau akan tercemar sekali gus memusnahkan sumber air bersih.

Masalah lain yang dihadapi penduduk pulau termasuk konflik pengagihan air daripada sumber air yang terhad di kalangan pelancong, pertanian dan kegunaan industri.

Berikutan cabaran inilah, pengumpulan data menerusi pangkalan data GIS tepat pada masanya bagi memastikan semua permasalahan ini diambil kira terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pembangunan di Langkawi pada masa depan.

Adalah disyorkan pasukan pengkaji memikirkan pilihan lain untuk mendapatkan sumber bekalan air bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Ini termasuk menghasilkan air bawah tanah menerusi paip mendatar.

Perlu diingat, pilihan ini bukan saja untuk menjimatkan kos tetapi apa yang lebih penting ialah menyediakan bekalan air berterusan untuk jangka panjang di samping kesannya ke atas alam sekitar.
Comments
Only registered users can write comments!

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
You are here  : Home Local GIS News GIS Sedia Maklumat Sumber Air di Langkawi