Вход

Вход

Логин: Пароль:

MalaysiaGIS.com

You are here  :
Sepakat Dapat Tender RM2.5 juta PDF Print E-mail
Monday, 27 December 1999 00:00

Source: Berita Harian (page 5)

Sepakat Computers Consultant Sdn Bhd, syarikat yang mengkhusus dalam penyediaan perkhidmatan sistem bersepadu komputer, berjaya mendapatkan tender pembangunan sistem perkomputeran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bernilai RM2.5 juta.

Projek itu membabitkan kerja membekal, menguji, mengedar dan menyelenggara sistem pengkomputeran Simulasi Visual Masa Sebenar termasuk pakej perkakasan dan perisian komputer.

Menerusi tender itu, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa merancang mewujudkan kemudahan Perkomputeran Simulasi Visual yang menggabungkan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Remote Sensing, multimedia serta sistem pengurusan dokumen.

Pengarah Urusan Sepakat Computers, Rossedy Issa, berkata berdasarkan kemampuan menyediakan sistem bersepadu yang komprehensif, syarikat optimis dapat membantu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa menyusun strategi perniagaan dengan lebih berkesan.

"Syarikat mengenal pasti jabatan terbabit menghadapi keadaan kritikal untuk mencapai maklumat dengan cepat dan mudah sebelum menganalisis dengan cekap," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangi perjanjian tender dengan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Datuk Zainuddin Mohamad di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Cadangan pembangunan sistem perkomputeran jabatan itu membabitkan persekitaran pelayan/pelanggan berasas pelayan Silicon Graphics, komputer peribadi Pentium dan stesen kerja Hewlett-Packard siri 700.

Pembangunan sistem terbaru itu bermakna data yang dikumpul menerusi multimedia disimpan dalam pelayan multimedia dengan menggunakan pelayan ONYX Silicon Graphics dan stesen kerja INDIGO.

Data GIS dan Remote Sensing disimpan dalam pelayan GISmodel HP 9000 siri 700. Perkakasan lain yang disediakan termasuk plotter HP Design Jet 750C, pencetak HP Laser Jet 4 Plus dan Tektronix Phaser 480X, pengimbas HP Scanjet 4C.

Semua pencetak akan disertakan kad pintar untuk membenarkan perkongsian sumber dalam sistem rangkaian lebih besar.

Sementara Pusat Penyelesaian Perisian adalah dalam persekitaran perisian simulasi visual yang dikenali sebagai Pembangunan Sistem Visual Chorypheus EasyScene, Designer Workbench, Penterjemah Designer Workbench Enhanced DXF ciptaan Coryphaeus Software.

Produk itu dihasilkan untuk pengguna yang tidak mahir dalam mewujudkan masa sebenar, instrumentasi simulasi tiga dimensi, hiburan dan nyata maya. Ia akan berfungsi dalam sistem operasi SGI IRIS dengan kemudahan pengkompil C. Dari segi aplikasi Remote Sensing, syarikat menggunakan Imagine 8.2 dari Erdas yang berfungsi dalam Windows 95. OnGO DMS pula mencadangkan perisian pengurusan dokumen yang menggunakan sistem pengurusan dokumen pintar hasil gabungan teknik mengenal pasti dan memulih.

Dua perisian multimedia iaitu komputer peribadi Director Macromedia dan Action Macromedia akan disertakan dalam setiap komputer multimedia.

Comments
Only registered users can write comments!

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
You are here  :